Tuesday, June 12, 2012

My New Favourite Collection.

Assalamualaikum . . .

Baiklah malam ini Afiq nak kongsi sedikit pengalaman Afiq bersama Anak-anak Yatim Al-Khausar di Bangi pada 10 / 06 / 2012 yang lepas. Baiklah lawatan ini adalah anjuran dari syarikat Afiq sendiri iaitu TNT Express. Afiq pergi bukan seorang diri, tetapi bersama rakan-rakan sekerja yang lain. Kami di jadualkan berada di Bangi pada jam 2.00 tengahari . Sesudah sampai disana kami bertemu dengan semua anak-anak yatim yang ada di rumah tersebut. Seramai 18 orang kesemuanya, 10 lelaki 8 perempuan seperti dekat bawah.


Ada pelbagai aktiviti yang telah disediakan,antaranya mewarnakan gambar, bermain bersama-sama dan lain-lain. Kami juga turut makan bersama meraka semua. Antara gambar-gambar yang sempat Afiq ambil seperti dibawah :-











 Baiklah, gambar seterusnya ialah anak-anak kecil yang dipertanggujawabkan kepada Afiq untuk membantu mereka semasa aktiviti mewarnakan gambar :-


Baiklah, Afiq akan perkenalkan kumpulan Afiq. Dari kiri ialah Combi, Natasha, Haziq dan Nasrul. Haziq merupakan anak yang paling kecil didalam rumah tersebut. Haziq juga pernah berkerja di sebuah kilang besi selama 2 tahun pada usianya 5 tahun untuk mencari duit makan. Haziq kehilangan ayahnya ketika dia berusia 5 tahun. Selepas itu ibu kepada Haziq telah mengikut seorang temannya berbangsa 'bangla' untuk berkerja sehingga terlupakan Haziq. kenapa Afiq cerita pasal Haziq kerana dia lah satu-satunya anak yatim yang mengharungi masa yang amat susah sebelum dia di masukkan ke rumah anak yatim ini. Haziq seorang yang sangat susah dijaga semasa aktiviti dilakukan, akan tetapi Haziq merupakan seorang yang manje dan senang merajuk. Lawatan kami bermula pada kam 2.00 tengahari sehingga 6.00 petang. Afiq sudah belajar banyak benda ketika bersama anak-anak yatim ini. sekian.



No comments:

Post a Comment